Webinar ini menampilkan barisan panel yang mewakili pelbagai agensi utama dalam sektor kesihatan, pendidikan dan pertahanan negara. Dr. Jamaliah Omar, Pakar Kesihatan Pergigian Awam dari Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, membuka perbincangan dengan mengetengahkan inisiatif kesihatan awam serta peranan sektor pergigian dalam mendidik masyarakat tentang bahaya vape dari sudut kesihatan oral dan keseluruhan.
Turut serta ialah Encik Ibrahim Ya’akub, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari Kementerian Pendidikan Malaysia, yang berkongsi pengalaman lapangan dalam menangani isu penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah. Beliau menyentuh tentang strategi pencegahan awal, peranan guru kaunselor, dan kepentingan pendidikan kesihatan mental dan tingkah laku dalam usaha membendung ketagihan dalam kalangan remaja.
Melengkapkan barisan panel ialah Mejar (Dr) Muhamad Arham Hashim, Pegawai Staf dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, yang memberikan perspektif unik berkaitan pengurusan ketagihan dalam kalangan anggota pertahanan serta kepentingan disiplin dan sokongan institusi dalam mendorong perubahan gaya hidup sihat.
Webinar ini bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang usaha rentas sektor dalam membanteras ketagihan vape, serta menyeru kepada kerjasama bersepadu dalam membina generasi yang sihat, berdaya tahan dan bebas daripada ancaman bahan ketagihan seperti vape.

- Catégories
- Webinar
Commentaires