Webinar ini menampilkan barisan panel-panel penting dalam bidang perubatan dan psikologi, iaitu Prof. Madya Dr. Nur Amani @ Natasha Bt Ahmad Tajuddin, Pakar Perubatan Keluarga dan Pensyarah Kanan dari Universiti Malaya, serta Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, Pakar Perunding Kanan Psikologi juga dari Universiti Malaya. Kedua-dua panel ini berkongsi perspektif klinikal dan psikososial dalam usaha membantu individu mengatasi ketagihan vape, merangkumi strategi intervensi, pengurusan keinginan (cravings), dan kepentingan sokongan sosial serta profesional dalam mengekalkan gaya hidup bebas vape.
Turut bersama dalam sesi ini ialah Dr. Nawwal Alwani Mohd Radzi, Pakar Kesihatan Pergigian Awam dan setiausaha Persatuan Pakar Kesihatan Pergigian Awam Malaysia (MDPHS), yang menekankan bahaya tersembunyi vape terhadap kesihatan mulut dan pergigian. Beliau mengupas hubungan antara penggunaan vape dan dengan penyakit gusi dan risiko kerosakan gigi dan pelbagai isu pergigian yang lain.

- Catégories
- Webinar
Commentaires